KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset mewah berjumlah RM32 juta milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri, dipercayai hasil penyelewengan dana sukuk projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Menurut sumber, sitaan dibuat selepas penggeledahan di dua kediaman milik individu tersebut di ibu negara pada Khamis. Antara barangan yang dirampas termasuk:
-
217 unit jam tangan mewah pelbagai jenama bernilai RM5 juta
-
27 tas tangan eksklusif berjumlah lebih RM1 juta
-
Barang kemas mewah bernilai lebih RM4 juta
-
9 kenderaan mewah termasuk Bentley, Mercedes-Benz dan Range Rover bernilai hampir RM7 juta
Tidak cukup dengan itu, SPRM turut menemui sebuah stor simpanan minuman beralkohol mewah yang dianggarkan bernilai RM3 juta, dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penggubahan wang haram.
Penyitaan ini dijalankan oleh Bahagian Siasatan SPRM sebagai sebahagian daripada siasatan menyeluruh berhubung salah guna dana awam untuk kepentingan peribadi.
Siasatan masih dijalankan dan lebih banyak tangkapan atau sitaan mungkin menyusul.