Insiden Kuil Hindu Dirosakkan — Urimai Bimbang Implikasi Perpaduan Kaum

Pertubuhan Urimai hari ini menggesa tindakan pantas pihak berkuasa berhubung dua insiden khianat terhadap rumah ibadat Hindu di Selangor yang berlaku dalam tempoh seminggu, dengan amaran bahawa ia boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama.

Menurut Timbalan Pengerusi Interim Urimai, David Marshel, dua kuil yang terjejas ialah Kuil Sri Maha Ayiram Kannudayar Alayam di Kapar dan Kuil Dewi Sri Kaliamman Alayam di Ampang.

“Insiden pertama menyaksikan patung suci dirobohkan di kuil di Kapar. Belum reda isu tersebut, satu lagi cubaan merosakkan patung berlaku di Ampang, di mana seorang individu telah ditahan,” katanya dalam kenyataan media.

Bagaimanapun, beliau meluahkan rasa kecewa kerana suspek yang ditahan didakwa hanya diklasifikasi sebagai ‘orang tidak waras’ tanpa siasatan lanjut yang menyeluruh.

 Marshel turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan naratif berbahaya di media sosial, termasuk tuduhan yang menyifatkan kuil sebagai ‘struktur haram’.

“Kami kesal tiada tindakan diambil terhadap akaun-akaun yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu. Trend seperti ini berpotensi menjadi ekstremisme yang perlu ditangani segera,” tegasnya.

Urimai menyeru semua pihak, termasuk penguat kuasa dan pemimpin masyarakat, untuk memainkan peranan mengekalkan keamanan serta mengambil tindakan berlandaskan prinsip keadilan dan keharmonian beragama.

Previous Article

Surya Kiran Tarik Diri: LIMA’25 Tetap Gegar Langit Langkawi dengan Aksi Aerobatik Antarabangsa

Next Article

Tak Lapor Rasuah RM3,000: Pengarah Syarikat Didenda RM20,000

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to our Newsletter

Subscribe to our email newsletter to get the latest posts delivered right to your email.
Pure inspiration, zero spam ✨