KL Bersedia! 789 Polis Trafik Dikerahkan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

 

KUALA LUMPUR – Seramai 789 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditugaskan bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di ibu negara.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan bahawa penugasan khas ini bermula pada Jumaat dan akan berlangsung sehingga 28 Mei.

“Daripada jumlah keseluruhan, seramai 292 pegawai dan anggota adalah daripada kontinjen Kuala Lumpur, manakala 497 lagi merupakan bantuan kekuatan daripada kontinjen lain di seluruh negara,” katanya.

Penugasan ini bertujuan memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di sekitar lokasi strategik sepanjang tempoh sidang kemuncak berlangsung.

 

Previous Article

Skuad Sepak Takraw Negara Bakal Gegar Asia – Hannah Puji Aksi Membanggakan- Hannah Yeoh

Next Article

Treasury to Take Over RON95 Subsidy Rationalisation, Says Rafizi

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to our Newsletter

Subscribe to our email newsletter to get the latest posts delivered right to your email.
Pure inspiration, zero spam ✨