Pulau Pinang Catat Lebihan RM65.3 Juta: Kedudukan Kewangan Kukuh Terus Mengukuh

GEORGE TOWN – Pulau Pinang terus mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan apabila kerajaan negeri berjaya merekodkan lebihan sebanyak RM65.3 juta setakat 31 Mac 2025, menandakan pengurusan fiskal yang cekap dan berhemah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow memaklumkan bahawa lebihan tersebut adalah hasil daripada jumlah pendapatan negeri sebanyak RM268.46 juta, berbanding perbelanjaan RM203.19 juta bagi tempoh yang sama.

Lebih menggalakkan, Kumpulan Wang Disatukan negeri turut menunjukkan peningkatan ketara dengan mencatat jumlah keseluruhan sebanyak RM1.54 bilion setakat 30 April 2025. Pecahan jumlah itu adalah seperti berikut:

  • Akaun Hasil Disatukan: RM199.22 juta
  • Akaun Amanah Disatukan: RM1.34 bilion

“Ini jelas menunjukkan peningkatan berbanding kedudukan pada akhir tahun kewangan 2024 yang belum diaudit iaitu sebanyak RM1.38 bilion. Ketika itu, Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM155.94 juta dan Akaun Amanah Disatukan pula RM1.23 bilion,” ujar Chow semasa menjawab soalan lisan YB Goh Choon Aik (PKR-Bukit Tambun) mengenai penyata kewangan negeri bagi tahun 2024 dan maklumat pendapatan serta perbelanjaan semasa bagi tahun 2025.

Tambah beliau, bagi tahun kewangan 2024, kerajaan negeri berjaya mengurangkan kurangan semasa kepada RM174.09 juta, berbanding RM358.80 juta pada tahun sebelumnya, hasil kutipan pendapatan sebanyak RM810.46 juta, berbanding perbelanjaan mengurus RM719.55 juta serta pindahan ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM265 juta.

 

Previous Article

Akta 852: Tindakan Segera Halang Krisis Vape Dalam Kalangan Belia!

Next Article

Serbuan Siang Hari Cetus Kontroversi: Pengarah AADK Negeri Sembilan Disiasat EAIC

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to our Newsletter

Subscribe to our email newsletter to get the latest posts delivered right to your email.
Pure inspiration, zero spam ✨