RM217 Juta Dibeku: SPRM Bongkar Skandal Tokoh Korporat, Rasuah Rentas Negara Libatkan Syarikat Luar Pesisir!

PETALING JAYA, 22 Mei 2025 – Skandal mega melibatkan seorang tokoh korporat ternama menggemparkan dunia korporat negara apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan 100 akaun perbankan bernilai lebih RM217 juta, milik peribadi tokoh tersebut, ahli keluarganya serta syarikat-syarikat berkaitan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mendedahkan bahawa lima individu, termasuk tokoh korporat terbabit, telah dirakam percakapan, dan seramai 13 lagi saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Pembekuan ini melibatkan akaun milik tokoh korporat berkenaan, ahli keluarga serta rangkaian syarikat berkait, dengan jumlah membabitkan lebih RM217 juta,” kata Azam dalam sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Pelaburan Luar Pesisir dan Proksi Asing

Siasatan mendalam SPRM mendapati kes ini berpunca daripada pelaburan meragukan dengan syarikat luar pesisir yang dikendalikan oleh dua individu disyaki sebagai proksi rasuah. Pihak SPRM kini bekerjasama dengan beberapa negara termasuk Brazil dan Singapura bagi menelusuri aliran wang haram rentas sempadan.

Tindakan Undang-undang Berganda

Dua kertas siasatan telah dibuka – di bawah Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA, berkaitan aktiviti pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Terdahulu, SPRM mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Sapura Energy Berhad (SEB), dengan fokus siasatan tertumpu kepada salah guna kuasa melibatkan gaji, bonus, saham, yuran penjenamaan dan penyenaraian persendirian yang berlaku antara tahun 2012 hingga 2021.

Pecah Amanah & Pemalsuan Turut Disiasat

Lebih mengejutkan, siasatan turut merangkumi kemungkinan pecah amanah, penyalahgunaan dana dan pemalsuan dokumen di bawah Kanun Keseksaan – menjadikan kes ini antara yang terbesar dalam sejarah penyiasatan SPRM.

 

Previous Article

Resignation Letter & Empty Office: How Rafizi's Exit Fears Paved the Way for Nurul Izzah's Bid for PKR No. 2

Next Article

Jepun Mulakan Subsidi Petrol Baharu, Peruntuk 1 Trilion Yen Untuk Tangani Kos Sara Hidup

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to our Newsletter

Subscribe to our email newsletter to get the latest posts delivered right to your email.
Pure inspiration, zero spam ✨