Daddy PM, Bukan Pembangkang!’ – MIPP Tempelak Nurul Izzah Guna Isu India untuk Raih Undi PKR

 

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2025 – Parti India Rakyat Malaysia (MIPP) hari ini lantang menegur kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berikrar mahu mendesak kerajaan memperkasa komuniti India, dengan menyindir bahawa beliau lupa siapa sebenarnya pemegang kuasa.

Timbalan Presiden MIPP, S Subramaniam menyifatkan kenyataan Nurul sebagai “paling melucukan”, memandangkan beliau sendiri adalah anak kepada Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nak desak siapa lagi? Daddy kamu PM lebih dua tahun, presiden PKR sejak 2018. Takkan parti sendiri tak pernah bincang isu kaum India?” bidasnya dalam kenyataan kepada media.

Menurut beliau, kenyataan Nurul kelihatan lebih sebagai satu skrip drama menjelang pemilihan parti, bertujuan meraih simpati dan undi daripada komuniti India tanpa niat sebenar untuk membawa perubahan.

“Jangan gunakan isu kaum India untuk kempen jawatan parti. Kalau benar-benar ikhlas, desaklah ayah sendiri dulu,” tegas Subramaniam.

Nurul sebelum ini menyuarakan kebimbangan terhadap penurunan sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Harapan (PH), dan menegaskan perlunya tindakan tuntas dari kerajaan untuk menangani isu tersebut.

Namun, Subramaniam menegaskan bahawa kenyataan Anwar sendiri – termasuk tentang kuota kaum, isu bantuan Bumiputera, dan dakwaan berkaitan rumah ibadat Hindu – menjadi punca utama ketidakpuasan hati masyarakat India.

“Kalau Nurul serius, mulakan dengan menasihati perdana menteri agar tidak lagi mengguris hati masyarakat India,” katanya lagi.

MIPP turut menyeru agar pemimpin muda seperti Nurul Izzah tidak terperangkap dalam permainan politik lama, dan benar-benar menunjukkan komitmen terhadap kesejahteraan semua kaum — bukan sekadar menjelang pemilihan parti.

Previous Article

Selangor Police Announce Road Traffic Measures Ahead of ASEAN Summit 2025 Delegates’ Arrival

Next Article

Bersatu Gears Up for Sabah Showdown: Eyes Set on 17th State Election

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to our Newsletter

Subscribe to our email newsletter to get the latest posts delivered right to your email.
Pure inspiration, zero spam ✨