KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, menandakan tamatnya secara rasmi proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Upacara angkat sumpah berlangsung awal pagi tadi di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Setakat ini, GRS berjaya memperoleh 29 kerusi. Hajiji turut dilaporkan menerima sokongan lima calon bebas, tiga ADUN Upko, serta seorang ADUN Pakatan Harapan.
Gabungan sokongan tersebut memberikan Hajiji majoriti 38 kerusi, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan negeri baharu.
Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini menyatakan kesediaan BN untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hala tuju sependapat dalam usaha membentuk kerajaan negeri.
Hajiji sebelum ini pertama kali dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada September 2020.
Partner with us and earn recurring commissions—join the affiliate program!
Join our affiliate program today and start earning up to 30% commission—sign up now!