GAGASAN KONSENSUS NASIONAL HAMZAH ZAINUDIN DAPAT SOKONGAN MIPP – “LEMBARAN BAHARU UNTUK KOMUNITI INDIA”

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2025 – Cadangan Gagasan Konsensus Nasional yang dilontarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam ucaptamanya di Institut Yusof Ishak (ISEAS), Singapura minggu lalu, disambut positif oleh Presiden Parti Masyarakat India Malaysia (MIPP), Punithan Paramsiven, yang menyifatkannya sebagai “lembaran baharu penuh harapan” buat komuniti India di Malaysia.

Dalam satu kenyataan tegas di Facebook, Punithan memuji langkah Hamzah sebagai “berani, progresif dan inklusif”, menyifatkan ia sebagai satu perubahan naratif yang jauh berbeza daripada slogan-slogan kosong yang pernah dicanang pemimpin terdahulu.

“Berbeza dengan sesetengah pemimpin yang hanya beretorik seperti ‘anak India – anak kita’ tetapi gagal menunaikan janji ketika berkuasa, Hamzah tampil dengan keberanian untuk mengemukakan penyelesaian nyata dan ikhlas,” tegasnya.

Punithan menekankan bahawa mengenal pasti kelemahan sistem sedia ada adalah langkah berani yang penting demi mencorakkan Malaysia yang lebih adil dan saksama.

“Komuniti India masih dihimpit isu seperti akses pendidikan tinggi, pengangguran, kemiskinan bandar, serta penjagaan kesihatan yang lemah. Gagasan ini mampu menjadi titik perubahan,” ujarnya.

Beliau turut menyeru agar komuniti India menyambut Konsensus Nasional Baharu ini dengan yakin, menyifatkan ia sebagai peluang untuk memperkasa dan memperjuangkan hak yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang diperlukan kini adalah politik berintegriti, berpaksikan kebajikan, keadilan sosial dan keterangkuman. Inilah politik Nambikei – politik harapan!”

Punithan turut menegaskan bahawa impian Hamzah bukan retorik kosong, tetapi satu komitmen serius ke arah Malaysia yang lebih baik.

“Perikatan Nasional sudah menyatakan komitmen. Kini tiba masanya komuniti India bersatu, melangkah ke hadapan dan menjadikan visi ini satu kenyataan,” katanya mengakhiri kenyataan penuh bersemangat itu.

Previous Article

NB.1.8.1: Varian Baharu Covid-19 Dikesan di Beberapa Negara Eropah dan Asia

Next Article

"True Leadership Begins with Humility": MIPP President Backs New National Consensus for Malaysia's Future

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Subscribe to our Newsletter

Subscribe to our email newsletter to get the latest posts delivered right to your email.
Pure inspiration, zero spam ✨